Thursday, April 7, 2011

Memperbanyakkan Lima Perkara

Memperbanyakkan Lima Perkara

Imam Syafie memberi wasiat lima perkara yang perlu diingati iaitu;

1. “Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk

2. Pebanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan

4. Jangan menyebut –nyebut kebaikan diri dan keluarga

5. Jangan sebut-sebut dan Nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Demikian wasiat Imam Syafie iaitu lima perkara yang elok disebut-sebut selalu bagi memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani kehidupan. Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati.

Marilah kita saling ingat mengingati dan perbanyakkan amal makruf nahi mungkar.

“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”

Dipetik daripada buku 30 Wasiat Imam Syafie oleh Khairul Ghazali.

No comments:

Post a Comment