Monday, April 25, 2011

15 Bukti Keimanan

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang
kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian
setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya,
"Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya,
"Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab
kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau
perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh
utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak
zaman jahiliyyah ?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada
kamu itu ?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada
Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya,
percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk.

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan
oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi
bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah,
hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan
Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih
terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di
waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang,
redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu
musibah yang menimpa pada musuh. "Mendengar ucapan mereka yang
amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk
di dalam kaum yang pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara
berbicara, hampir saja kamu ni serupa dengan para Nabi dengan segala
macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan
kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang
kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak
akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak kamu
tempati, jamganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal
kamu tingggalkan, berusahlah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Thursday, April 7, 2011

Memperbanyakkan Lima Perkara

Memperbanyakkan Lima Perkara

Imam Syafie memberi wasiat lima perkara yang perlu diingati iaitu;

1. “Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk

2. Pebanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan

4. Jangan menyebut –nyebut kebaikan diri dan keluarga

5. Jangan sebut-sebut dan Nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Demikian wasiat Imam Syafie iaitu lima perkara yang elok disebut-sebut selalu bagi memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani kehidupan. Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati.

Marilah kita saling ingat mengingati dan perbanyakkan amal makruf nahi mungkar.

“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”

Dipetik daripada buku 30 Wasiat Imam Syafie oleh Khairul Ghazali.

Wednesday, April 6, 2011

Kalau Boring,Aper Nak Buat Ek?

1. Cuba ni...besttttt

Kalo boring jugak...cuba yang ni pulak..


Jom Layari disini

http://yayasannusrah.com.my/sabilul-muhtadeen/




Santapan Rohani Anda

Assalamualaikum....semua...
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur kehadrat Allat swt kerana memberikan kesempatan kepada anan untuk menulis bagi blog terbaru ana...harap harap banyak yang dapat dikongsikan bersama...

hermm...nak tulis aper yer...dah lama blog ni kosong...dulu banyak sgt nak kongsi, tapi bile dah sibuk semuanya dah ilang...

kadang-kadang terfikir jugak bila dah sibuk ni aper yang baik untuk santapan jiwa dan rohani...

kalo lapar..kita makan...tp bila dah sibuk aper makanan yang baik untuk kesihatan badan kita...

macam sama je kan...

tapiiii...aper yang terbaik???